Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Tuesday, July 17, 2012

Remaja Seawal Usia 14 Tahun Lacur Diri Untuk Beli Gajet Telekomunikasi


 
JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.
 
 
 P/s: Rosak!!!!!

Tips Memilih Makan di luar

"Debat Esok Ruang Cari Kebenaran" - Fathul Bari


SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi esok adalah ruang bagi mencari kebenaran dan bukannya menentukan kemenangan.Debat Sinar Harian kali ketiga mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa.Menurutnya, orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran apa yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu.

"Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi."Umno tidak mahu menjadi seperti Pas yang sering mengaitkan sesuatu isu dengan politik," katanya ketika dihubungi semalam.Fathul Bari berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri.

Debat Sinar Harian kali ini akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini.Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.“Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan,” katanya lagi.

Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. 

"Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo" - Nurul Izzah


BALIK PULAU - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini. Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan. “Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.

“Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam.

“Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti.

“Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya.

Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti.

“Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya

Pelajar IPT Disamun, Diikat, dan Di...



KAJANG: Dua lelaki layak digelar syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak kejam mengikat tangan dan kaki seorang wanita berusia 23 tahun di katil serta menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum merogolnya bergilir-gilir ketika merompak rumah mangsa di Semenyih, kelmarin.

Malah, perompak itu turut mengambil komputer riba dan telefon bimbit dianggar bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri membiarkan mangsa berbogel terikat di katil.

Menurut sumber, mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sedang mengulang kaji pelajaran dalam bilik tidurnya ditingkat atas pada jam 1.30 pagi, apabila lampu bilik tiba-tiba terpadam.

“Pelik dengan keadaan itu, dia memberanikan diri keluar memeriksa suis utama di tingkat bawah dan terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali menyerbu masuk ke biliknya dengan mengacukan pisau pada leher.

“Mereka mengarahkan mangsa jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan atau dibunuh. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mendiamkan diri sebelum mereka mengikatnya di katil,” katanya. 
 
 
 
P/s: Berhati-hatilah kerana kenyataan bahawa jenayah di Malaysia ini semakin menurun hanyalah....

[Video] Polis Belasah dan Buli Remaja

Koleksi Game Yang Menghina Islam

Monday, July 16, 2012

Demi Peminat Islam... Real Madrid Buang Tanda Salib Di Logo


Real Madrid, bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan penggemar bola sepak Islam.

Logo telah menjadi lambang mereka hampir satu abad, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Perubahan logo bertepatan dengan permulaan pembinaan sebuah resort pelancong sukan di UAE oleh Real Madrid. Ini akan menjadi taman tema pertama di dunia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Taman ini akan menggabungkan kedua-dua sukan dan pelancongan. Maka sesuai bahawa salib Kristian itu perlu dikeluarkan daripada logo.

[Gambar & Video] Himpunan Hijau Peringkat WP - Seorang lagi Selebriti Sertai PAS



Seorang lagi selebriti yang merupakan seorang pengarah dan pelakon filem, Adam Hamid dengan rasmi menyertai Pas semalam d Padang Kelab Sultan Sulaiman sempena Himpunan Hijau Peringkat Wilayah.

Sekalipun pada petangnya, kebanyakan pimpinan dan ahli PAS kepenatan kerana terlibat di dalam Himpunan Oren Selamatkan FELFA, namun demi perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, ia tidak menjadi halangan untuk mereka hadir di dalam Himpunan Hijau peringkat Wilayah yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru.











Lagi Artis Tampil Di Pentas PAS



Noryn Aziz, selebriti & penyanyi R&B dan Jazz. Dari seorang Puteri Umno kini berada dipentas PAS. Semoga istiqamah dlm hijrah anda. Lepas nih ramai le puok Umno dok songgeh -fb Ust Saiful Bahari





TGNA: UMNO Dalang Yang Sebabkan Rakyat Huru-hara

Ceramah: Nik Aziz dakwa SK 'abai' beliau



KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

“Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno.

“Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu,” katanya.

Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara.

Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu.

“Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga,” katanya. 

Polis Ini Patut Menerima Anugerah Penari Terbaik



1Malaysia For Youth

Media melaporkan perhimpunan ini disertai seramai 50 ribu org..EEee... geli aku. Ingt masyarakat bodoh sangat ka nak percaya. Tengok pon tau la. Kalau 2000 org bleh gak percaya. Media Propa..

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012


Berikut adalah jadual waktu Imsak dan Berbuka puasa bagi tahun 2012 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia 2012. Selamat berpuasa pada tahun ini.


Dikesempatan ini kami ingin berkongsi jadual waktu imsak dan berbuka puasa negeri-negeri seluruh Malaysia pada tahun ini iaitu 2012. Sumber jadual ini tak lain tak bukan dari laman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasannya JAKIM.

Untuk download atau save jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan anda, anda cuma perlu klik perkataan DOWNLOAD yang tertera dibawah setiap zon atau kawan atau daerah yang tertera. Jadual tersebut berformat PNG dan JPG. Selamat berpuasa dari kami.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012

1.  MelakaDOWNLOAD

2.  Johor
Zon 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil. DOWNLOAD
Zon 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan. DOWNLOAD
Zon 3-Daerah Pontian Dan Kluang. DOWNLOAD
Zon 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor. DOWNLOAD

3.  Perak
Zon 1- Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim. DOWNLOAD
Zon 2- Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput Dan Kuala Kangsar. DOWNLOAD
Zon 3- Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong. DOWNLOAD
Zon 4- Temengor Dan Belum. DOWNLOAD
Zon 5- Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan Dan Pulau Pangkor.DOWNLOAD
Zon 6- Selama, Taiping, Bagan Serai Dan Parit Buntar. DOWNLOAD
Zon 7- Bukit Larut. DOWNLOAD

4.  Sarawak
Zon 1-Limbang, Sundar, Trusan Dan Lawas. DOWNLOAD
Zon 2-Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Dan Marudi. DOWNLOAD
Zon 3-Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh Dan Bintulu. DOWNLOAD
Zon 4-Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit Dan Song. DOWNLOAD
Zon 5-, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor Dan Rejang. DOWNLOAD
Zon 6-Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban Dan Debak.DOWNLOAD
Zon 7-Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau Dan Meludam. DOWNLOAD
Zon 8-Kuching, Lundu, Bau Dan Sematan. DOWNLOAD
Zon Khas. DOWNLOAD

5.  Sabah
Zon 1-Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam. DOWNLOAD
Zon 2-Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah. DOWNLOAD
Zon 3-Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu Dan Kuna.DOWNLOAD
Zon 4-Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan. DOWNLOAD
Zon 5-(Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat. DOWNLOAD
Zon 6-Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4,101 M). DOWNLOAD
Zon 7-(Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar.DOWNLOAD
Zon 8- Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau.DOWNLOAD
Zon 9-Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang. DOWNLOAD

6.  Terengganu
Zon 1- Kuala Terengganu Dan Marang. DOWNLOAD
Zon 2- Besut Dan Setiu. DOWNLOAD
Zon 3- Hulu Terengganu. DOWNLOAD
Zon 4- Kemaman Dan Dungun. DOWNLOAD

7.  Kelantan
Zon 1-Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang). DOWNLOAD
Zon 2-Jajahan Jeli Dan Gua Musang Termasuk Daerah Galas Dan Bertam. DOWNLOAD

8.  Selangor
Zon 1-Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat Dan Sepang. DOWNLOAD
Zon 2-Daerah Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor Dan Sabak Bernam. DOWNLOAD

9.  Pahang
Zon 1-Pulau Tioman. DOWNLOAD
Zon 2-Kuantan, Pekan, Rompin Dan Muadzam Shah. DOWNLOAD
Zon 3-Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut Dan Bera. DOWNLOAD
Zon 4-Raub, Bentong Dan Lipis. DOWNLOAD
Zon 5-Genting Sempah, Janda Baik Dan Bukit Tinggi. DOWNLOAD
Zon 6-Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland. DOWNLOAD

10.  Wilayah Persekutuan
 Kuala Lumpur. DOWNLOAD
 Putrajaya. DOWNLOAD
 Labuan. DOWNLOAD

11.  PerlisDOWNLOAD

12.  Negeri Sembilan
Zon 1-Jempol Dan Tampin. DOWNLOAD
Zon 2- Seremban,Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah Dan Jelebu. DOWNLOAD

13.  Kedah
Zon 1- Daerah Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena. DOWNLOAD
Zon 2- Daerah Pendang, Kuala Muda Dan Yan. DOWNLOAD
Zon 3- Daerah Padang Terap, Sik Dan Baling. DOWNLOAD
Zon 4- Daerah Kulim Dan Bandar Baharu. DOWNLOAD
Zon 5- Daerah Langkawi. DOWNLOAD
Zon 6- Puncak Gunung Jerai. DOWNLOAD

14.  Pulau PinangDOWNLOAD

Pelajar IPTA Dicekup dengan Duda



AMPANG - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam.

Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak  seminggu lalu.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut.

AC Mizal Cabar, Abby Sahut...Bila Mahu Debat?


AC Mizal, saudagar gelang kontroversi yang sebelum ini "dibelasah" oleh sebuah blog berkaitan dengan gelang megnetiknya baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan dengan isu ISA & Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata saudagar gelang yang juga ahli UMNO di Twitternya:
Abby pula menjawab:


Yang paling menarik, Abby dalam kirimannya di Twitter membayangkan bahawa beliau menyahut cabaran saudagar gelang. Katanya:




Bila mahu berdebat? Seluruh Malaysia mahu menontonnya. Saudagar gelang, berani?

Pengerusi UMNO PP Nikahi Gadis Berusia 23 Tahun



NIBONG TEBAL - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.

Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.
Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.

Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.



P/s: Tuah badan!

Kadar Jenayah MENINGKAT- Musa Hassan



KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.

 

Pelajar Boleh Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah


Pelajar Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Pada Sesi Tahun Depan. Pelajar sekolah di seluruh negara - mungkin dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, pada sesi persekolahan tahun depan (2013).


Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

DATUK DR WEE KA SIONG / TIMBALAN MENTERI PELAJARAN:

"Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak".

Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.

Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.

Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.

Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.

Tiket Malaysia Vs Manchester City RM10


Kira-Kira 15,000 tiket, yang berharga RM10 bagi perlawanan bola sepak antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Manchester City, boleh didapati di gerai yang ditetapkan sepanjang program 1Malaysia For Youth” (1M4U) di KLCC, pada Ahad ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan perkara itu di laman Facebook dan Twitter beliau berkata, sebahagian besar keuntungan jualan tiket itu akan disalur kepada badan amal.

"Berikutan kenyataan oleh MCFC (Kelab Bolasepak Manchester City), saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa peminat bola sepak Malaysia kini berpeluang menonton perlawanan antara Malaysia dan Manchester City Football Club pada harga istimewa.

"Sebagai permulaan, saya telah meminta agar 15,000 tiket disediakan di gerai yang ditetapkan sepanjang penganjuran 1M4U di KLCC Ahad ini. Harga tiket ialah RM10. Jumpa anda di sana!,” katanya dalam catatan terbaru Facebook beliau.


Perlawanan persahabatan itu akan bermula pukul 9.45 malam pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terdahulu, MCFC dalam satu kenyataan menyebut 60 peratus hasil jualan tiket bagi perlawanan itu akan diderma kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Gambar Himpunan Oren Felda 2012


Perhimpunan Oren dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang. Dalam pada itu semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.


Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.


Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.













Gambar Konsep Proton Satria Neo S2000


Mungkin inilah model jalanan untuk Satria Neo yang dijelmakan dari jentera perlumbaan rali, sebuah model konsep Proton Satria Neo S2000. Bahagian luaran hadapan dan belakang Satria Neo S2000 Concept ini kelihatan sangat sporty dan mengekalkan karakter agresif, ditambah lagi unit enjin dengan sistem pendesak ‘supercharged’.


Anda boleh lihat perkataan ‘supercharged’ di bahagian pintu bonet belakang. Model ini sedang dipamerkan di mini karnival Proton di Plaza Angsana, Johor Bahru sempena minggu Rali Malaysia 2012 yang sedang berlangsung. Sumber gambar dari Proton Motorsports FB.