Remaja yang berusia 16 tahun ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam atas pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi. -Teks/Foto: SH. |
[HM] KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja bawah umur mengintai isteri jirannya mandi membawa padah apabila perbuatannya itu disedari mangsa sebelum dia dicekup suami wanita terbabit.
Akibat perbuatan itu, tertuduh berusia 16 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa berusia 27 tahun yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Lorong Haji Mat Tauke, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Abdul Hayyi kemudian menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.
P/s: Mula-mula mengintai, selepas itu merogol...!
No comments:
Post a Comment